Isnin, 7 November 2011

Puding Gula Hangus (Puding Karamel)

Puding Gula Hangus (Puding Caramel)

Tips mengukus:
Pengukus yang baik akan mula mengeluarkan asap bila bahan yang dikukus cukup masak.
Jika kelihatan berkepul-kepul asap keluar macam asap keretapi dari tepi mulut pengukus anda, ini bermakna makanan anda dah terlebih masa memasak / overcooked.


Bahan A:
5 camb gula pasir
sedikit / 3 camb air

Bahan B:
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair tadi)
1/2 cawan gula pasir
4 butir telur
1 camt esen vanila

Cara:
Sediakan pengukus.

Bahan A:
Sediakan kuali, masukkan gula dalam kuali dan masak hingga gula nampak mencair dan keperangan, kecilkan api, masukkan air dengan perlahan dan berhati-hati (AWAS: JANGAN SESEKALI DIBALING AIR TU. Gula yang mencair boleh mencapai kepanasan melebihi 100C, dan boleh mengakibatkan kelecuran).
Kali ni gula akan mula mencair, kacau perlahan dan biarkan cecair memekat sedikit. Tutup api, tuang dalam loyang.

Bahan B:
Sediakan periuk yg sesuai, masukkan susu, air dan gula. Panaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup api.
Dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan esen vanila, dan dengan menggunakan garfu, pukul sedikit sehinga telur pecah sepenuhnya.
Masukkan campuran susu tadi, ke dalam telur, dan kacau rata.
Tapiskan adunan dan tuang ke dalam loyang tadi. Kukus hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan