Isnin, 7 November 2011

Apam Chomel

Kali ni, saya mencuba resepi apam kecik kenit ni.. a.k.a Apam Polkadot
Tapi, kami panggil Apam Chomel, sebab dia kecik kenit, dan semestinya kechomelan terserlah..

Resepi Apam Chomel
275g tepung gandum
205g gula halus
3 biji telur
150ml susu segar
3 camt serbuk penaik
1 sudu kecil ovellete

Cara:
Masukkan semua bahan dalam mesin pemutar.
Memula putar perlahan supaya bahan bercampur. Pastu terus pulun kelajuan tinggi sampai gebu.
Senang jer, cam buat kek span.
Dah gebus bedebus, keluarkan dan bahagikan mengikut warna kesukaan anda.

Paipkan dalam mangkuk kertas separuh, pastu bubuh intinya, dan tutup kembali sampai 4/5 penuh.
Ambil warna lain, buatkan titik-titik kat atasnya.. Kalau rajin, boleh la melukis ler ape ker..
Kukus sehingga masak. Bila dah masak camni ler rupanya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan