Isnin, 7 November 2011

Milo Dinasour

Masa memula minum Milo Dinasour ni, kat PapaRich..

Mase tengok tu.. fuhh biar betul.. belambak milonya.
Jadi, untuk tak menghampakan anak-anak dan diriku sendiri, aku pun mencuba Milo Dinasour ku..
Syarat utama, pastikan kat umah ada banyak Milo..
Kalau guna chocolate malt yg lain, kome tukar nama la yer.. VICO Dinasour ker, Ovaltine Dinasour ker.. etc

ok.. ni caranya..

Bahan:
6 camt Milo
1/2 camt Susu pekat manis
200ml air panas / air suam - untuk bancuh milo
ais secukupnya
extra milo untuk boh kat atas tu..

Cara:
Milo, susu pekat manis & air - bancuh
Tuangkan dalam gelas, boh ais secukupnya, dan atas sekali bubuh Milo secukupnya..

p/s: Bahan atas untuk 1 gelas Milo Dinasour

Tiada ulasan:

Catat Ulasan