Original resepi Dr Adilah telah saya olah sikit ikut keselesaan pemakannya.. iaitu hubby ku sayang.. hehehe
jadi.. ni ler resepi kami (altered from original recipe shared by Dr Adilah).
Mandy Lamb Rice
Bahan Masak Lamb:
6 keping bebiri (pi pasar soh dia potong saiz masak beriyani baru cun)
halia - sebesar saiz 3 jari
1 labu bawang putih
garam secukup rasa
Bahan Masak Nasi:
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 camt minyak sapi
2 cawan beras basmathi super panjang
2 1/2 cwn air rebusan
1/2 biji lemon - diambil airnya
sedikit kismis - jika suka
1 ketul stok ayam - jika suka
Sos Tomato:
1 biji tomato
sepotong capsicum merah
2 potong capsicum hijau
garam
Yogurt:
4 camb Yogurt perisa asli
secubit lada hitam (cincang kasar)
sedikit timun jepun - potong kiub kecil
sedikit tomato - dibuang biji & potong kiub kecil
1/6 bawang besar - hiris kiub kecil
secubit garam
Cara:
Kisar halia & bawang putih.
Dengan menggunakan periuk tekanan, masukkan daging lamb tadi, bahan kisar dan garam secukup nya.
Air sehingga paras menutup bahagian daging.
Rebus hingga empuk. Ambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.
Sementara tunggu lamb empuk, rendam beras (seperti tertera pada arahan memasak pada pek beras).
ni ler pek beras tu.. memang panjang.. sebijik macam Al Rawsha. memang pek macam ni. Tak pernah nampak pek yang 5 kilo pun..
Panaskan kuali kecil, bubuh minyak sapi, dan tumis bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kayu manis, sehingga naik bau. Tutup api, dan ketepikan.
Sediakan periuk nasi, masukkan beras, bahan yang ditumis tadi, daging lamb yang dah direbus, air rebusannya (kalau air rebusan tak cukup, tambah dgn air paip jer), jus lemon, kismis dan stok ayam (jika suka). Tutup periuk nasi, dan masak nasi macam biasa.
Untuk sos tomato pulak, tomato blend jer (tak perlu air). Pastu masukkan capsicum dan blend sekejap.
Siap..
Untuk sos yogurt pulak, semua bahan utk buat yogurt disatukan, dan campur rata. Dah siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan