Isnin, 7 November 2011

Nasi Lemak Kukus & Ayam Goreng Berempah

Kali ni nak kongsi resepi untuk sarapan pagi..

Nasi Lemak Kukus & Ayam Goreng Berempah

Nasi lemak kukus
Bahan:
2 cwn Beras
1 helai daun pandan (potong 2)
1 biji kelapa - ambil santannya
garam - secukup rasa
Pengukus

Cara:
1. Didihkan air dalam pengukus. basuh beras dan kukus selama 20 minit / separuh masak.
2. Keluarkan beras dari pengukus, masukkan dalam mangkuk/besen dan rendam dengan air selama 3 - 4 jam. (saya rendam semalaman).
3. Kukus semula sampai masak (lebih kurang 15 minit)
4. Keluarkan dan gaul pula dengan santan (santan dicampurkan sedikit garam), biarkan dalam 10 minit - nak bagi santan diserap dalam nasi tadi.
5. Kukus lagi sampai santan masak.


                                                            Nasi Lemak Kukus

Ayam Goreng Berempah
Bahan:
8 ketul Ayam
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 camb ketumbar   - digoreng tanpa minyak
1 camt jintan manis   - digoreng tanpa minyak
1 camb serbuk kari
1 biji telur
2 camb tepungjagung
sedikit daun kari
garam secukup rasa

Cara:
1. Bawang putih, halia, serai. ketumbar, jintan manis ditumbuk bersama.
2. Lumurkan semua bahan pada ayam dan perap selama 1 jam.
3. Goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).



Lauk untuk dihidangkan bersama nasi anda :
sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur rebus, timun dan ayam goreng rempah..
                                        


Ni dia, Nasi Lemak Kukus & Ayam Goreng Berempah sedia untuk di ngap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan