Sabtu, 7 Februari 2015

Roasted Boneless Shoulder Lamb

Roasted Boneless Shoulder Lamb
Bahan:
1 bahu bebiri - tiada tulang (boleh didapati di pasaraya)
3 tangkai rosemary
3 tangkai thyme
6 ulas bawang putih
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun
Kentang
Lada benggala merah
Lobak merah
Brokoli
Cara:
1. Keluarkan bebiri dari sarung jaring. Gulung bebiri dan ikat dengan menggunakan tali dengan kemas.
2. Rosemary, thyme dan bawang putih dicincang halus.
3. Lumurkan pada keseluruhan kambing.
4. Taburkan garam dan lada hitam.
5. Percikkan minyak zaitun.
6. Bakar pada suhu 220C-230C selama 2jam 30minit, dengan menggunakan api bawah sahaja.
7. Selepas 1.5jam, keluarkan kambing. Letakkan kentang yang direbus dlm dulang tadahan.
8. Keluarkan jaring pembakar. Letakkan kambing tadi di atas kentang. Bakar lagi selama 1jam.
9. Setelah 2jam 30minit, padamkan api ketuhar. Keluarkan kambing dan rehatkan selama 20minit sebelum dipotong utk dihidangkan.
10. Potong bebiri dan hidangkan bersama kentang dan sayuran.
Cara penyediaan kentang:
Panaskan air dan letakkan sedikit garam, masukkan kentang. Rebus hingga empuk. Buang airnya dan ketepikan.
Kentang kemudian dibakar bersama kambing nanti.
Cara penyediaan sayur:
Panaskan air, letakkan garam dan sedikit minyak. Celur sebentar. Angkat dan lalukan pada air utk mematikan proses memasak. Ketepikan.
P/S:
1. Berat bebiri yg digunakan di sini adalah sekitar 1.3-1.5kg.
2. Tujuan kambing direhatkan setelah dibakar adalah untuk membolehkan jus kambing keluar dan ini akan membuatkan daging anda lembap, walaupun setelah 2 jam dibakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan