Jumaat, 6 Februari 2015

Asam Podeh

Asam Podeh Pari
Bahan:
2 keping ikan pari - bersih dan potong kecil jika perlu
10 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan -jika suka
2-3camb cili boh
Air asam jawa secukupnya
Air
1 biji tomato - potong baji
4 biji bendi
Daun kesum
Bunga kantan - potong 2
Garam secukupnya
Secubit gula
Cara:
1. Bawang merah,putih, halia dan belacan ditumbuk lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk bersama cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan air asam, air dan ikan.
4. Bila ikan separuh masak, masukkan bunga kantan, bendi, daun kesum, garam dan gula.
5. Bila dah mendidih dan nampk pekat, masukkan tomato.Siap. Hidangkan panas bersama nasi putih.


Asam Podeh Ayam
Bahan:
1/2 ekor ayam di potong kecil
15 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
3 batang serai
2-3camb cili boh
Air asam jawa secukupnya
Air
1 biji tomato - potong baji
Daun kesum
Bunga kantan - potong 2
Garam secukupnya
Secubit gula
Cara:
1. Bawang merah,putih, serai ditumbuk lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk bersama cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan air asam, air dan ayam.
4. Bila ayam separuh masak, masukkan bunga kantan,bendi, daun kesum, garam dan gula.
5. Bila dah mendidih dan nampk pekat, masukkan tomato.Siap. Hidangkan panas bersama nasi putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan