Jumaat, 6 Februari 2015

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong 12
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2camb cili boh
2 camb sos tomato
1 camb sos cili
Garam
Serbuk kunyit
Air asam
1cawan air
1 labu bawang besar - potong bulat
1 tin kecil kacang pea
Minyak untuk menggoreng



Cara:
1. Bersihkan ayam. Perisakan dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih, merah, halia dan serai.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili boh hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, sedikit air asam dan air. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5. Masukkan ayam dan masak hingga sedikit pekat.
6. Masukkan kacang pea dan potongan bawang besar.
7. Siap dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan