Isnin, 16 Februari 2015

Masak Lomak Daging Salai dengan Rebung

Masak Lemak Daging Salai dengan Rebung


Bahan:
1/2kg daging -disalai
1 mangkuk rebung madu
1 genggam cili padi
2 batang serai
3 inci kunyit hidup
1biji kelapa - perah santannya
garam secukup rasa


Cara:
1. Daging Salai dipotong nipis.
2. Kunyit dan cili padi ditumbuk lumat. Serai dititik sedikit dihujungnya.
3. Masukkan daging, serai, kunyit, cili padi, santan dan rebung ke dalam belanga. Perasakan dengan garam secukupnya.
4. Masak hingga santan mendidih.
Siap.

Sabtu, 7 Februari 2015

Roasted Boneless Shoulder Lamb

Roasted Boneless Shoulder Lamb
Bahan:
1 bahu bebiri - tiada tulang (boleh didapati di pasaraya)
3 tangkai rosemary
3 tangkai thyme
6 ulas bawang putih
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun
Kentang
Lada benggala merah
Lobak merah
Brokoli
Cara:
1. Keluarkan bebiri dari sarung jaring. Gulung bebiri dan ikat dengan menggunakan tali dengan kemas.
2. Rosemary, thyme dan bawang putih dicincang halus.
3. Lumurkan pada keseluruhan kambing.
4. Taburkan garam dan lada hitam.
5. Percikkan minyak zaitun.
6. Bakar pada suhu 220C-230C selama 2jam 30minit, dengan menggunakan api bawah sahaja.
7. Selepas 1.5jam, keluarkan kambing. Letakkan kentang yang direbus dlm dulang tadahan.
8. Keluarkan jaring pembakar. Letakkan kambing tadi di atas kentang. Bakar lagi selama 1jam.
9. Setelah 2jam 30minit, padamkan api ketuhar. Keluarkan kambing dan rehatkan selama 20minit sebelum dipotong utk dihidangkan.
10. Potong bebiri dan hidangkan bersama kentang dan sayuran.
Cara penyediaan kentang:
Panaskan air dan letakkan sedikit garam, masukkan kentang. Rebus hingga empuk. Buang airnya dan ketepikan.
Kentang kemudian dibakar bersama kambing nanti.
Cara penyediaan sayur:
Panaskan air, letakkan garam dan sedikit minyak. Celur sebentar. Angkat dan lalukan pada air utk mematikan proses memasak. Ketepikan.
P/S:
1. Berat bebiri yg digunakan di sini adalah sekitar 1.3-1.5kg.
2. Tujuan kambing direhatkan setelah dibakar adalah untuk membolehkan jus kambing keluar dan ini akan membuatkan daging anda lembap, walaupun setelah 2 jam dibakar.

Chicken Roulade on Mashed Potato served with Carrot Puree

Chicken Roulade on Mashed Potatoes served with Carrot  Puree
Bahan:
Daging ayam -bahagian dada
Lobak merah
Asparagus
Cara:
1. Dada ayam dipotong melebar (butterfly cut).
2. Dengan pemukul daging, ketuk sedikit bahagian ayam supaya menjadi sama tebal.
3. Bentangkan cling wrap. Letakkan daging ayam yg telah diketuk tadi. Susunkan lobak merah, asparagus di atas kepingan daging ayam.
4. Gulung kemas.
5. Panaskan air (jgn sampai mendidih), masukkan ayam dan biarkan selama 15 minit. Angkat rehatkan sebentar.
6. Sejukkan dlm peti sejuk atau masukkan dalam bekas berisi ais +air sejuk, selama 1 jam.
7. Setelah 1 jam, buka cling wrap. Golekkan atas tepung gandum (nipis shj). Celupkan ke dalam kuning telur dan kemudian golekkan ke atas bijan.
8. Susun dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 180C hingga keperangan.
9. Rehatkan sebentar. Potong bulat. Hidangkan bersama kentang lecek dan puri lobak merah sebagai sos.
Kentang lecek
Bahan:
Kentang
Garam
Mentega
Cara:
Rebus kentang hingga empuk. Buang air rebusan, letakkan mentega dan sedikit garam. Lecekkan. Siap.

Puri lobak merah
Bahan:
Lobak merah
Secubit garam
Secubit lada hitam
Air utk merebus
Cara:
1. Rebus lobak hingga empuk.
2. Kisar lobak bersama air rebusannya.
AWAS, jika anda mengisar ketika masih panas, pastikan anda pegang penutup pengisar anda.
Atau, anda boleh biarkan ia sejuk dahulu sebelum dikisar.
3. Setelah dikisar, masukkan dlm periuk dan dengan api perlahan masak hingga pekat (hingga menjadi puri).
4. Perisakan dengan garam dan sedikit lada hitam.

Celebrating Hubby's Bday Menu..

Celebrating Hubby's Bday Menu..

Kali ni nak kongsi idea menu pilihan sempena hari istimewa.
Anda juga boleh bagi 'surprise dinner' untuk suami di hari kelahiran, atau di ulangtahun perkahwinan.

Jom tengok menu kami..
Hidangan dihidangkan oleh anak-anak.
Ibu dan ayah hanye tunggu makanan sampai..

Apapun, kami makan bersama walaupun anak jadi pelayan..

Seronok melihat anak-anak gembira bila persembahan makanan (food presentation) mereka menjadi.
Bila hati gembira, makan pun tentulah seronok...

Table setting - tu hubby tengah tunggu hidangan dari anak-anak.

Salad Udang dengan Pulau Seribu (Thousand Island)
Cream of Asparagus Soup

Chicken Roulade


Jumaat, 6 Februari 2015

Sweet and Spicy Roast Almond

Sweet and Spicy Roast Almond
Bahan:
Badam
Madu
Garam halus
Serbuk cili kasar (Chilli flakes)

Cara:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk dan gaul rata.

Tuang dlm dulang pembakar. Bakar pada suhu 180C hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum disimpan.
Campurkan semua bahan
Siap untuk dimakan

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong 12
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2camb cili boh
2 camb sos tomato
1 camb sos cili
Garam
Serbuk kunyit
Air asam
1cawan air
1 labu bawang besar - potong bulat
1 tin kecil kacang pea
Minyak untuk menggoreng



Cara:
1. Bersihkan ayam. Perisakan dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih, merah, halia dan serai.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili boh hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, sedikit air asam dan air. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5. Masukkan ayam dan masak hingga sedikit pekat.
6. Masukkan kacang pea dan potongan bawang besar.
7. Siap dan hidangkan.

Asam Podeh

Asam Podeh Pari
Bahan:
2 keping ikan pari - bersih dan potong kecil jika perlu
10 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan -jika suka
2-3camb cili boh
Air asam jawa secukupnya
Air
1 biji tomato - potong baji
4 biji bendi
Daun kesum
Bunga kantan - potong 2
Garam secukupnya
Secubit gula
Cara:
1. Bawang merah,putih, halia dan belacan ditumbuk lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk bersama cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan air asam, air dan ikan.
4. Bila ikan separuh masak, masukkan bunga kantan, bendi, daun kesum, garam dan gula.
5. Bila dah mendidih dan nampk pekat, masukkan tomato.Siap. Hidangkan panas bersama nasi putih.


Asam Podeh Ayam
Bahan:
1/2 ekor ayam di potong kecil
15 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
3 batang serai
2-3camb cili boh
Air asam jawa secukupnya
Air
1 biji tomato - potong baji
Daun kesum
Bunga kantan - potong 2
Garam secukupnya
Secubit gula
Cara:
1. Bawang merah,putih, serai ditumbuk lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk bersama cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan air asam, air dan ayam.
4. Bila ayam separuh masak, masukkan bunga kantan,bendi, daun kesum, garam dan gula.
5. Bila dah mendidih dan nampk pekat, masukkan tomato.Siap. Hidangkan panas bersama nasi putih.

Khamis, 5 Februari 2015

Ayam Masak Hitam

Ayam Masak Hitam

Bahan:
1/2 ekor Ayam - dipotong 6
8 ulas bawang merah
3 ulas Bawang  putih
10 tangkai cili kering (atau lebih jika suka pedas)
1 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
Gula Melaka (secukupnya)
Kicap masin (secukupnya)
Air asam jawa (secukupnya)
Garam
Air (secukupnya)

Caranya:
1. Bersihkan ayam. Letakkan garam dan sedikit kunyit. Goreng sehingga separuh masak. Ketepikan.
2. Bawang merah, putih, cili kering di goreng dengan sedikit minyak hingga naik bau. Angkat Dan tumbuk hingga hancur/lumat.
2. Dengan minyak yang sama tadi, tumis bahan yang ditumbuk lumat tadi bersama rempah tumis, hingga naik bau.
3. Masukkan kicap, air asam, gula melaka. Tambahkan sedikit air. Perasakan dengan garam. Hidangan ini sedikit manis. Oleh itu, seimbangkan rasa manis dan masin secukupnya.
4. Masukkan ayam tadi dan masak hingga kuah mesra dan sedikit pekat.
Siap. Hidangkan bersama nasi putih.

Rabu, 4 Februari 2015

ketam bercili

Ketam Bercili paling sedap didunia

Bahan:
Ketam - dibersihkan
1 labu bawang besar
1inci halia
6 ulas bawang putih
2 camb madu
1 camb sos peris tiram
1 camb cili boh
1 camb sos cili
1 camb sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
minyak utk menumis
garam
serbuk kunyit

Cara:
1. Ketam yg sudah dibersihkan, di letakkan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak, dan goreng ketam hingga 3/4 masak dan ketepikan.
3. Kisarkan bawang putih, bawang besar, halia dan cili hidup.
4. Dengan menggunakan minyak gorengan ketam tadi, tumis cili boh dan bahan kisar, sos tomato, sos cili, sos perisa tiram.
5. Masukkan ketam dan gaul rata, biar sos dgn ketam mesra.
6. Masukkan telur. Kacau. Siap.

Yee Mee Noodle Tanpa Hot Plate

Yee Mee Noodle Tanpa Hot Plate

Bahan:
Yee mee - 1 pek
Sawi - dicelur
Telur


Bahan kuah:
1 liter - stok ayam
Cendawan shitake kering - direndam hingga kembang potong 2
Daging Ayam - dipotong kiub
Rangka ayam
Sos tiram
Kicap masin
Kicap manis
Cili kering - potong kasar
1camt cili boh
Tepung jagung
Air
3ulas bawang putih
10 inci halia -dihiris nipis
1 Labu bawang besar - belah 8

Cara:
Masukkan semua dlm periuk (kecuali tepung jagung). Masak hingga mendidih. Kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung jagung secukupnya.  Masak lagi hingga sedikit pekat. Siap. Kecilkan api.


Untuk telur:
Sediakan air panas dlm periuk
Masukkan telur dan biarkan seketika.
Bila telur dah membentuk gumpalan, angkat.


Yee mee - dicelur sebentar.


Susun atur semua bahan dalam pinggan.
Tuangkan kuah yee mee yg panas.
Hidangkan.

Telur separa masak

Sawi dicelur

Yee Mee dicelur

Bahan disatukan

Sedia untuk dimakan. Telur kuning yang masih cair.


Simple Side Dish for Your Grilled Chicken

Simple Side Dish Ideas for Your Grilled Chicken

side dish1:
Mix Garden Salad

Bahan:
iceberg lettuce
timun
tomato
cili benggala merah
cili benggala kuning
bawang besar Holland (kuning)
garam
lada hitam
minyak zaitun

Caranya:
Semua sayuran di potong kasar.
Campur dan perisakan. Siap.

Mix Garden Salad & Buttered Potato


Side dish 2:
Buttered Potato

Bahan:
Kentang - potong dadu saiz 1 inci
Garam
Mentega
Parsley segar - dicincang
Lada hitam

Cara:
Rebus kentang hingga empuk. Jgn overcooked.
Toskan air. Masukkan dlm mangkuk, letak garam, mentega, parsley dan lada hitam.
Kacau rata.