Khamis, 29 Januari 2015

Base Pizza ala Itali

Base Pizza ala Itali


Bahan:
500g tepung roti,
30g gula,
1camt garam,
10g ibu roti(guna jer 1 pek mauripan tu),
300ml air
50ml minyak.
Cara:
1. Aktifkan yis anda (air+gula+ibu roti) biarkan hingga berbuih. Masukkan minyak.
2. Dlm mangkuk pengadun, sediakan tepung dan garam. Tuangkan campuran yis yg telah aktif tadi dan adun hingga adunan menjadi doh dan licin.
3. Rehatkan adunan dlm bekas hingga naik sekali ganda (letakkan dlm bekas yg telah disapu dgn sedikit minyak, dan tutup dgn kain lembab yg bersih atau boleh juga gunakan plastik lutsinar).
4. Setelah naik, buangkan angin dlm doh. Caranya dgn menguli semula (macam basuh kain).
5. Bahagikan doh. Berat doh 200g utk saiz 6pcs -8", 300g utk 8pcs-10".
6. Canaikan doh menjadi bulat dan cucukkan dgn garfu.
7. Rehatkan sebentar hingga doh naik. Bakar pada suhu 190C. Bakar separuh masak. Keluar dan sejukkan sebelum di dingin bekukan.
Jika nak buat pizza untuk terus makan, teruskan shj dengan meletakkan bahan atas pizza anda, dan bakar sehingga masak.


Yis yang telah aktif

Doh siap diuli dan dibiarkan mengembang.
 
Doh dah kembang

Doh dibentuk siap untuk dibakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan