Khamis, 29 Januari 2015

Ayam Panggang

Ayam Panggang

Bahan:
Ayam - bersihkan
Mentega - potong kiub
Bawang putih - diketuk
Besen yg dalam utk rendam ayam
Air secukupnya
Lumuran - lada hitam:
Sos lada hitam life
Sos tiram
Madu

Lumuran - yogurt:
4 camb Yogurt
4 ulas Bawang putih
1 labu Bawang besar
2 btg Serai
2 camt Serbuk cili - jika suka
1 inci Halia
Sedikit Lengkuas
1 inci Kunyit
1-2 camb Minyak zaitun
*kisar bahan hingga halus

Cara:
1. Rendam ayam semalaman.
2. Toskan air. Dgn jari, lalukan dibawah kulit ayam. Selitkan bawang putih dan mentega di serata yg boleh.
3. Lumurkan bahan lumuran.
4. Bakar hingga masak lebih kurang 2 jam.

Utk dapatkan kulit ayam yg rangup;
Letakkan ayam di alas berjaring utk membakar
Bakar dlm oven dgn menggunakan api bawah shj.
Tadahkan minyak ayam yg menitis tadi utk membuat sos jika suka.
Cara buat sos dr minyak ayam tadi:
Panaskan minyak, ambil 1 camb tepung gandum dan taburkan pada minyak. Kacau hingga tepung nampak masak. Tuangkan 1/4 cawan susu segar. Jika terlalu pekat, tambah lagi susu dan sedikit air.


Lain lain jenis perapan yg boleh dicuba:
Original
2 camb Madu
1 camb Sos Lada hitam life
5camb Yogurt
1camb Paprika
1camb Minyak zaitun
Garam  secukupnya
2camt Sos tiram
1/2 camt Parsley
1/2 camt Oregano
1/2 camt Rosemary
1/2 camt Thyme

Perap lada hitam
1camb Madu
3camb sos lada hitam life
5camb yogurt
2camb lada hitam dicincang kasar
1camb minyak zaitun
2camt sos tiram
Garam secukupnya

Perap chilli
1camb Madu
3camb paprika
5camb yogurt
2camb chilli flakes
1camb minyak zaitun
2camt sos tiram
Garam secukupnya



Ayam yang telah dibersihkan

Ayam direndam untuk semalaman


Ayam yang siap untuk dibakar

Siap dibakar

Siap untuk disuap.. nyam nyam..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan