Khamis, 29 Januari 2015

Ayam Panggang

Ayam Panggang

Bahan:
Ayam - bersihkan
Mentega - potong kiub
Bawang putih - diketuk
Besen yg dalam utk rendam ayam
Air secukupnya
Lumuran - lada hitam:
Sos lada hitam life
Sos tiram
Madu

Lumuran - yogurt:
4 camb Yogurt
4 ulas Bawang putih
1 labu Bawang besar
2 btg Serai
2 camt Serbuk cili - jika suka
1 inci Halia
Sedikit Lengkuas
1 inci Kunyit
1-2 camb Minyak zaitun
*kisar bahan hingga halus

Cara:
1. Rendam ayam semalaman.
2. Toskan air. Dgn jari, lalukan dibawah kulit ayam. Selitkan bawang putih dan mentega di serata yg boleh.
3. Lumurkan bahan lumuran.
4. Bakar hingga masak lebih kurang 2 jam.

Utk dapatkan kulit ayam yg rangup;
Letakkan ayam di alas berjaring utk membakar
Bakar dlm oven dgn menggunakan api bawah shj.
Tadahkan minyak ayam yg menitis tadi utk membuat sos jika suka.
Cara buat sos dr minyak ayam tadi:
Panaskan minyak, ambil 1 camb tepung gandum dan taburkan pada minyak. Kacau hingga tepung nampak masak. Tuangkan 1/4 cawan susu segar. Jika terlalu pekat, tambah lagi susu dan sedikit air.


Lain lain jenis perapan yg boleh dicuba:
Original
2 camb Madu
1 camb Sos Lada hitam life
5camb Yogurt
1camb Paprika
1camb Minyak zaitun
Garam  secukupnya
2camt Sos tiram
1/2 camt Parsley
1/2 camt Oregano
1/2 camt Rosemary
1/2 camt Thyme

Perap lada hitam
1camb Madu
3camb sos lada hitam life
5camb yogurt
2camb lada hitam dicincang kasar
1camb minyak zaitun
2camt sos tiram
Garam secukupnya

Perap chilli
1camb Madu
3camb paprika
5camb yogurt
2camb chilli flakes
1camb minyak zaitun
2camt sos tiram
Garam secukupnya



Ayam yang telah dibersihkan

Ayam direndam untuk semalaman


Ayam yang siap untuk dibakar

Siap dibakar

Siap untuk disuap.. nyam nyam..





Base Pizza ala Itali

Base Pizza ala Itali


Bahan:
500g tepung roti,
30g gula,
1camt garam,
10g ibu roti(guna jer 1 pek mauripan tu),
300ml air
50ml minyak.
Cara:
1. Aktifkan yis anda (air+gula+ibu roti) biarkan hingga berbuih. Masukkan minyak.
2. Dlm mangkuk pengadun, sediakan tepung dan garam. Tuangkan campuran yis yg telah aktif tadi dan adun hingga adunan menjadi doh dan licin.
3. Rehatkan adunan dlm bekas hingga naik sekali ganda (letakkan dlm bekas yg telah disapu dgn sedikit minyak, dan tutup dgn kain lembab yg bersih atau boleh juga gunakan plastik lutsinar).
4. Setelah naik, buangkan angin dlm doh. Caranya dgn menguli semula (macam basuh kain).
5. Bahagikan doh. Berat doh 200g utk saiz 6pcs -8", 300g utk 8pcs-10".
6. Canaikan doh menjadi bulat dan cucukkan dgn garfu.
7. Rehatkan sebentar hingga doh naik. Bakar pada suhu 190C. Bakar separuh masak. Keluar dan sejukkan sebelum di dingin bekukan.
Jika nak buat pizza untuk terus makan, teruskan shj dengan meletakkan bahan atas pizza anda, dan bakar sehingga masak.


Yis yang telah aktif

Doh siap diuli dan dibiarkan mengembang.
 
Doh dah kembang

Doh dibentuk siap untuk dibakar

Rabu, 28 Januari 2015

Lasagna

Lasagna
Lasagna

Bahannye..
Kepingan lasagna
Sos putih
Keju cheddar
Keju mozarella
Sos merah (sos tomato).
Keju parmesan

Sos Putih:
Bahan
Susu UHT
Tepung gandum
Mentega
Kepingan keju cheddar.

Caranya:
1. Panaskan periuk, masukkan mentega(100g), biarkan cair.
2.Taburkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga menjadi pes pekat.
3. Dgn menggunakan whisk, perlahan, kacau pes sambil masukkan susu UHT perlahan-lahan.
4. Tuang susu hingga pes tadi menjadi larutan pekat (dlm 2-3cawan).
5. Masukkan 3-5 keping keju cheddar,  kacau hingga larut. Siap dan ketepikan.



Utk Sos Tomato
Bahan:
1 tin tomato puri
2 ulas bawang putih-  diketuk sedikit
Minyak zaitun
2camb sos cili
2camb sos tomato
sedikit daging kisar (saya guna 3keping daging burger ramly + 4 keping daging oblong ramly, dicincang)
4 biji tomato segar - dipotong kiub kecil
Garam
Gula
Daun parsley
Oregano
Rosemary
Thyme.


Caranya:
1.Panaskan periuk, tuangkan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi.
2.Masukkan daging cincang tumis sebentar dan masukkan tomato yang dipotong kiub, tomato puri, tomato sos, tomato cili, daun parsley, oregano, thyme dan rosemary.
3.Perasakan dgn gula dan garam. Masak hingga pekat. Rehatkan.


Cara buat lasagna.
1. Sediakan bekas pembakar (saya guna bekas casserole je).
2. Sendukkan sedikit sos putih dan ratakan di bahagian bawah bekas.
3. Letakkan kepingan lasagna. Letakkan sos putih dan ratakan ke seluruhan permukaan lasagna.
4. Letakkan sos tomato dan ratakan.
5. Letakkan kepingan lasagna, sos putih dan kemudian sos tomato.
6. Lapisan terakhir, lasagna dan sos putih shj.
7. Taburkan keju mozarella dan serbuk parmesan.
8. Bakar selama 30-45 minit. Atau sehingga permukaan atas kuning keemasan dan keju cair sepenuhnya. Rehatkan sebentar sbl makan.

Chicken Chop


Chicken Chop

Bahan:

Dada Ayam (dibuang tulang)
Serbuk roti
garam
serbuk lada hitam/lada sulah
tepung gandum
telur (dipukul sedikit)

Caranya:
1. Bersihkan dada ayam. Pisahkan daging dengan tulangnya.
2. Belah sekeping dada ayam kepada 2. Nipiskan dan ketuk sedikit supaya sama ketebalannya.
3. Perasakan dada ayam tadi dengan sedikit garam dan lada sulah.
4. Sediakan tepung, celupkan dada ayam ke dalam tepung. Ratakan.
5. Angkat dan celup pula ke dalam telur yang telah dipukul sedikit.
6. Celupkan pula ke dalam serbuk roti. Ratakan.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga masak atau sehingga warna menjadi kuning keemasan.
8. Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos cendawan kegemaran anda.

Chicken Chop dengan Sos Cendawan

Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam

Roti Putih ala roti babu

Roti Putih

Bahan:
3 cawan tepung roti
1/4 camt garam
ibu roti kering
1 camb gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak jagung

Cara:
1. Aktifkan yis : Air suam + gula + yis kering, masukkan dalam mangkuk dan biarkan ia menjadi aktif.
yis telah menjadi aktif jika bau campuran menjadi masam dan buih kelihatan terbentuk dipermukaan. Kacau dan masukkan minyak.
2. Sementara menunggu yis aktif, sediakan tepung dan campurkan garam. Sebatikan.
3. Tuang campuran yis dan kacau hingga adunan menjadi doh dan lembut.
4. Tutup bentukkan doh menjadi bulat, dan tutup dgn kain lembap. Atau, boleh juga dgn menggunakan cling film
5. Rehatkan doh dan biar doh naik sehingga sekali ganda.
6. Uli semula doh dan bentukkan lonjong sedikit dan letak ke dalam tray roti yang telah dilenser.
7. Biarkan roti naik sehingga sekali ganda.
8. Bakar dalam oven pada suhu 190C.


Yis yang telah aktif

Doh siap diuli dan direhatkan

Doh naik dan akan diuli utk 'buang angin'

Roti diuli memanjang

Doh dah naik dan siap utk dibakar

Dah siap

Tu dia.. hasilnya Roti Babu






Buttered prawn


Buttered Prawn

Bahan:
udang - dibelah belakang dan bersihkan
secubit lada hitam
garam secukup rasa
2 camb tepung jagung
2 biji telur - asingkan putih dan kuningnya.
daun kari secukupnya
cili padi - potong kecil
250g marjerin
minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Perisakan udang dengan garam dan lada hitam.
2. Masukkan putih telur dan tepung jagung. Salutkan udang rata.
3. Panaskan minyak, dan goreng udang secara deep fry. angkat dan ketepikan (letakkan dalam bekas berlubang atau tapis).
4. Dalam mangkuk, pukul kuning telur.
5. Keluarkan minyak tadi. Panaskan kuali, masukkan marjerin dan bila mencair seluruhnya masukkan kuning telur secara jaluran halus sambil sebelah tangan anda dengan pantas mengaduk telur yg jatuh dlm kuali dalam aturan membulat. buat sehingga telur habis dan mula kelihatan kekuningan.
6. Masukkan daun kari dan cili padi.
7. Bila nampak telur kuning keseluruhan, angkat kuali dari api, terus tuangkan ke atas udang.
8. Taburkan dengan sedikit gula halus.
Angkat dan hidangkan..


Buttered Prawn