Rabu, 13 Februari 2019

Dinner Roll

Dinner Roll
Dinner Roll
Bahan A:
500g tepung protein tinggi
100g gula halus
60g susu pekat manis
1biji telur + air sejuk (250ml)
15g yis segera
1/2camt garam
10g emulsifier

Bahan B:
60g shortening

Cara:
Masukkan semua bahan A dalam mangkuk adunan dan uli sehingga menjadi doh. Masukkan bahan B. Uli lagi adunan sehingga doh elastik. Kalau guna mixer dalam 45minit. Kalau dengan tangan dalam 90minit.
Bila doh dah elastik, bulatkan dan tutup mangkuk adunan dgn kain lembab. Adunan perlu direhatkan sehingga naik 2 kali ganda.
Bila dah naik, keluarkan dari mangkuk dan uli  lagi (dgn tangan) selama 5 minit untuk buang angin dlm doh tu. Buat macam kita basuh kain tu..
Timbang doh 30g, dan bulatkan. Susun dlm dulang yang telah dilenaer dengan merjwrin atau shortening.
Rehatkan semula doh, hingga doh kembang sekali ganda. Bakar pada suhu 180C guna api atas dan bawah ye. Bakar sehingga masak (kekuningan cam gambar tu)
Sedap dimakan begitu sahaja, atau cicah dgn kuah kari, atau disapu mentega.

Selamat mencuba

Sabtu, 29 April 2017

Mee Goreng Basah Daging

Mee Goreng Basah Daging

1/2 pek Mee D'Ang
Daging - direbus dan dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk sedikit
Sawi
Lobak merah - potong sebesar mancis
3 camb cili boh
2 camb sos perisa tiram
Kicap manis -  secukupnya
Garam halus
Air rebusan daging
Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, cili hingga naik bau. Masukkan daging.
2. Tambahkan sos tiram, kicap manis dan air rebusan secukupnya.
3. Masukkan sayuran dan Mee D'Ang. Biar seketika.
4. Padamkan api, perasakan dgn sedikit garam. Kacau rata.

P/s: kami menggunakan Mee D'Ang di dalam semua resepi kami. Mee D'Ang menjadikan resepi pilihan anda lebih enak. Cubalah kalau tak percaya. 🤗




Isnin, 16 Februari 2015

Masak Lomak Daging Salai dengan Rebung

Masak Lemak Daging Salai dengan Rebung


Bahan:
1/2kg daging -disalai
1 mangkuk rebung madu
1 genggam cili padi
2 batang serai
3 inci kunyit hidup
1biji kelapa - perah santannya
garam secukup rasa


Cara:
1. Daging Salai dipotong nipis.
2. Kunyit dan cili padi ditumbuk lumat. Serai dititik sedikit dihujungnya.
3. Masukkan daging, serai, kunyit, cili padi, santan dan rebung ke dalam belanga. Perasakan dengan garam secukupnya.
4. Masak hingga santan mendidih.
Siap.

Sabtu, 7 Februari 2015

Roasted Boneless Shoulder Lamb

Roasted Boneless Shoulder Lamb
Bahan:
1 bahu bebiri - tiada tulang (boleh didapati di pasaraya)
3 tangkai rosemary
3 tangkai thyme
6 ulas bawang putih
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun
Kentang
Lada benggala merah
Lobak merah
Brokoli
Cara:
1. Keluarkan bebiri dari sarung jaring. Gulung bebiri dan ikat dengan menggunakan tali dengan kemas.
2. Rosemary, thyme dan bawang putih dicincang halus.
3. Lumurkan pada keseluruhan kambing.
4. Taburkan garam dan lada hitam.
5. Percikkan minyak zaitun.
6. Bakar pada suhu 220C-230C selama 2jam 30minit, dengan menggunakan api bawah sahaja.
7. Selepas 1.5jam, keluarkan kambing. Letakkan kentang yang direbus dlm dulang tadahan.
8. Keluarkan jaring pembakar. Letakkan kambing tadi di atas kentang. Bakar lagi selama 1jam.
9. Setelah 2jam 30minit, padamkan api ketuhar. Keluarkan kambing dan rehatkan selama 20minit sebelum dipotong utk dihidangkan.
10. Potong bebiri dan hidangkan bersama kentang dan sayuran.
Cara penyediaan kentang:
Panaskan air dan letakkan sedikit garam, masukkan kentang. Rebus hingga empuk. Buang airnya dan ketepikan.
Kentang kemudian dibakar bersama kambing nanti.
Cara penyediaan sayur:
Panaskan air, letakkan garam dan sedikit minyak. Celur sebentar. Angkat dan lalukan pada air utk mematikan proses memasak. Ketepikan.
P/S:
1. Berat bebiri yg digunakan di sini adalah sekitar 1.3-1.5kg.
2. Tujuan kambing direhatkan setelah dibakar adalah untuk membolehkan jus kambing keluar dan ini akan membuatkan daging anda lembap, walaupun setelah 2 jam dibakar.

Chicken Roulade on Mashed Potato served with Carrot Puree

Chicken Roulade on Mashed Potatoes served with Carrot  Puree
Bahan:
Daging ayam -bahagian dada
Lobak merah
Asparagus
Cara:
1. Dada ayam dipotong melebar (butterfly cut).
2. Dengan pemukul daging, ketuk sedikit bahagian ayam supaya menjadi sama tebal.
3. Bentangkan cling wrap. Letakkan daging ayam yg telah diketuk tadi. Susunkan lobak merah, asparagus di atas kepingan daging ayam.
4. Gulung kemas.
5. Panaskan air (jgn sampai mendidih), masukkan ayam dan biarkan selama 15 minit. Angkat rehatkan sebentar.
6. Sejukkan dlm peti sejuk atau masukkan dalam bekas berisi ais +air sejuk, selama 1 jam.
7. Setelah 1 jam, buka cling wrap. Golekkan atas tepung gandum (nipis shj). Celupkan ke dalam kuning telur dan kemudian golekkan ke atas bijan.
8. Susun dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 180C hingga keperangan.
9. Rehatkan sebentar. Potong bulat. Hidangkan bersama kentang lecek dan puri lobak merah sebagai sos.
Kentang lecek
Bahan:
Kentang
Garam
Mentega
Cara:
Rebus kentang hingga empuk. Buang air rebusan, letakkan mentega dan sedikit garam. Lecekkan. Siap.

Puri lobak merah
Bahan:
Lobak merah
Secubit garam
Secubit lada hitam
Air utk merebus
Cara:
1. Rebus lobak hingga empuk.
2. Kisar lobak bersama air rebusannya.
AWAS, jika anda mengisar ketika masih panas, pastikan anda pegang penutup pengisar anda.
Atau, anda boleh biarkan ia sejuk dahulu sebelum dikisar.
3. Setelah dikisar, masukkan dlm periuk dan dengan api perlahan masak hingga pekat (hingga menjadi puri).
4. Perisakan dengan garam dan sedikit lada hitam.

Celebrating Hubby's Bday Menu..

Celebrating Hubby's Bday Menu..

Kali ni nak kongsi idea menu pilihan sempena hari istimewa.
Anda juga boleh bagi 'surprise dinner' untuk suami di hari kelahiran, atau di ulangtahun perkahwinan.

Jom tengok menu kami..
Hidangan dihidangkan oleh anak-anak.
Ibu dan ayah hanye tunggu makanan sampai..

Apapun, kami makan bersama walaupun anak jadi pelayan..

Seronok melihat anak-anak gembira bila persembahan makanan (food presentation) mereka menjadi.
Bila hati gembira, makan pun tentulah seronok...

Table setting - tu hubby tengah tunggu hidangan dari anak-anak.

Salad Udang dengan Pulau Seribu (Thousand Island)
Cream of Asparagus Soup

Chicken Roulade


Jumaat, 6 Februari 2015

Sweet and Spicy Roast Almond

Sweet and Spicy Roast Almond
Bahan:
Badam
Madu
Garam halus
Serbuk cili kasar (Chilli flakes)

Cara:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk dan gaul rata.

Tuang dlm dulang pembakar. Bakar pada suhu 180C hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum disimpan.
Campurkan semua bahan
Siap untuk dimakan