Kek coklat
Bahan:
220g tepung gandum
30g serbuk koko
250g gula halus
100g air
8 biji telur
25g ovellete
1 camt serbuk penaik
125g minyak jagung
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan yang telah dilenserkan denagn mentega dan tepung.
Masukkan semua bahan kecuali minyak, di dalam mesin pengadun. Pukul hingga gebu. Dengan kadar perlahan, masukkan minyak hingga habis.
Pastikan minyak digaul rata. Tuang dalam acuan dan bakar sehingga masak.
Krim coklat:
1 tin susu cair
1 tin air (sukat dengan tin susu cair tadi)
200g gula
50g serbuk koko
1camt esen vanila
4 camb tepung jagung
4 biji kuning telur
250g mentega
Masukkan semua bahan kecuali mentega ke dalam periuk, dengan menggunakan whisk, pukul sedikit adunan supaya tidak berbintil. Pasangkan api, dan masak adunan sehingga pekat. Tutup api dan
masukkan esen vanila dan mentega. Kacau rata.
Cara menghias:
Potong kek kepada 3 bahagian.
Setiap bahagian disapukan dengan krim coklat.
Selimutkan keseluruhan kek dengan krim coklat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan