Sabtu, 8 Disember 2012

Pulut Durian

Pulut Durian

Bahan:
Durian secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa
Pulut (dicuci bersih, direndam dgn air dan tambahkan sedikit garam)

Cara:
1. Rendam pulut semalaman, dan kukus hingga masak.
2. Santan pekat ditambah sedikit garam.
3. Bila pulut dah masak, hidangkan dengan durian, santan pekat dan pulut.
4. Sedia untuk dingap... Hehehehe. Tersangatlah mudah..

Awas! Lepas makan mata kecik jer.... Ngantuk..  ;) 

Jumaat, 16 November 2012

Lazy chicken (Ayam Malas)

Resepi paling malas dlm dunia...

Kali ni nak kongsi satu resepi yg saya buat dodulu.. masa tu tersangat la malas nak masak.. dan fikir punye fikir, ape kata lebur jer dlm oven.. jadi.. ni ler hasil kerja tu..

Diberi nama.. Lazy Chicken (Ayam Malas)..

Bahan:
1 keping ayam - dibersihkan dan buat 2 kelaran (kelar sikit jer)
1 camb minyak masak
1 camb madu
2 camt lada hitam - dikisar kasar
2 inci halia - dimayang halus
2 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar kuning - dipotong membulat
1/2 biji lobak merah - dipotong jejari
1 cawan cendawan potong - dibelah 4
2 biji baby jagung - dibelah 2
garam secukup rasa
sedikit maggi seasoning - jika suka
sos tiram - jika suka
Aluminium foil secukupnya
Dulang pembakar

Cara:
1. Bentangkan aluminium foil dalam dulang pembakar dan sapukan minyak masak.
2. Letakkan ayam dan lumurkan ayam yang telah dibersihkan tadi dengan garam, madu, maggi seasoning(jika suka), sos tiram (jika suka).
3. Letakkan bahan lain di atas ayam. Tutup aluminium foil, dan bakar dlm ketuhar selama 30minit).
4. Lepas 30 minit, koyakkan permukaan alumium foil (ayam anda nampak seperti dikukus) dan bakar lagi 5 - 10 minit atau sehingga ayam nampak sedikit kekuningan.
5. Tutup api.. Siap untuk dihidangkan..


Hidangan ini juga sesuai utk anda yg tengah pantang bersalin.
Jadi kena alter sikit...
lebihkan halia, lada hitam, bawang besar & bawang putih..

Sayuran tadi digantikan dgn sayuran lain seperti lobak putih (menggalakan penghasilan susu),  sawi. Juga boleh diletakkan potongan epal hijau (juga utk menggalakan susu) atau potongan oren.
Anda masih boleh menikmati hidangan enak lagi selamat walaupun dalam keadaan pantang bersalin.
Dan yg lebih penting, tak perlu anda berdiri di dapur.. lebur jer.. siap

Mungkin cara saya ni sedikit pelik.. tapi.. hey.. be creative in food.. 
Ia tak memudaratkan.. yang penting anda tahu ape yg anda boleh makan sesuai dengan kesihatan anda..
Takkan nak makan rebus jer kot 40 hari.. bosan da...

Selamat Mencuba...

Kek Black Forest

Kek Black Forest 


Penyediaan Kek Span Coklat:
Bahan: 
220g tepung gandum
30g serbuk koko
8 biji telur
125g minyak masak / mentega dicairkan
100g air
25g ovellete
1camt serbuk penaik

Cara:
Campurkan semua bahan dlm mangkuk dan putar hingga kembang.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah diglis
Bakar pada suhu 190C hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum dihiaskan..

Bahan hiasan:
Krim Putar (Non-Dairy Whipping Cream)
Ceri Hitam dlm tin (Black Pitted Cherry) - asingkan ceri dari jusnya. Jus akan digunakan juga nanti..
Ceri Merah bertangkai
Sedikit Coklat Urai/ coklat parut

Cara menghias:
1. Potong kek span coklat kepada 3 lapisan dan ketepikan.
2. Pukul krim putar sehingga gebu.
3. Ambil 1 lapis kek, sapu sedikit air dari jus ceri hitam, sapukan krim yg telah dipukul tadi. letakkan ceri hitam(koyak koyakkan sedikit ceri tu).
4. Ambil selapis kek dan lapiskan ke atas lapisan pertama tadi. Lakukan semula item 3 di atas.
5. Ambil lapisan terakhir dan tutup kek.
6. Dengan menggunakan spatula, ambil sedikit krim putar dan tutup nipis keseluruhan kek.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dlm 5 minit (tujuan utk pastikan lapisan krim nipis tu tak lari masa kite boh krim seterusnya)
8. Keluarkan kek dr peti sejuk, Ambil krim putar dan tutup keseluruhan permukaan kek sampai badan asal kek tak nampak. Kemaskan.
9. Letakkan/tepekkan coklat urai/coklat parut disekeliling kek dan di bahagian tengah atas kek.
10. Dengan menggunakan nozel bintanng, paipkan beberapa tempat utk meletakkan ceri merah.
11. Susun ceri merah. Siap..

kedua-dua kek ni merupakan kek black forest.. cuma cara menghiasnya jer lain..
satu utk bawa gi sekolah.. yang dalam pinggan tu untuk ngap kat rumah..




Isnin, 27 Februari 2012

Cream of Carrot Soup

Cream of Soup....

Adakalanya nak suruh anak makan sayur susah bukan.. jadi, apa kata anda mencuba satu lagi cara untuk memeriahkan masakan anda..
Tentu anda biasa makan Mushroom Soup kat Pizza Hut.. atau mungkin anda biasa beli yg Campbell soup tu. Jadi resepi kali ini.. Cream of Carrot Soup..

Pada dasarnya resepi asas sama sahaja.. keperluan utama seperti berikut:

Mentega
Tepung gandum
Double Cream
garam secukup rasa
Air secukupnya - untuk megisar lobak
Lobak Merah (atau sayuran lain spt asparagus/cendawan/lain-lain)

Cara:

1. Diawal penyediaan, dadukan lobak merah, dan kisar hancur (kalau nak rasa cam ada yg kasar kasar tu, boleh dicincang sedikit). kalau tak, kisar jer semua senanng nak makan..
2. Panaskan periuk, masukkan mentega. Bila sedikit mencair, masukkan tepung secukupnya (dlm 3 camb untuk 1 camb mentega).
3. Masak hingga tepung & mentega nampak sekata, masukkan lobak yang telah dikisar tadi. 
4. Perasakan dgn garam. Masukkan krim (kalau tak ada krim, boleh juga digantikan dgn susu).
5. Masak hingga nampak sedikit pekat atau mengikut kecairan yang anda sukai..
5. Tutup api, dan hidangkan.. enak dimakan bersama roti.. juga enak dimakan begitu saja.


Perhatian: Warna sup anda juga bergantung kepada warna sayuran yang anda gunakan. Kalau lobak merah, jadi sup anda akan warna jingga/oren.. kalau guna asparagus, hijau lah.. cantik jugak..

Ahad, 29 Januari 2012

Our Home 'Regimental Dinner' Menu

Cream of Crab Meat & Mushroom Soup - Makanan pembukaan untuk 'Makan Malam Rejimental' keluarga..
Tukang masak diketuai oleh my dear hubby & dibantu oleh anak lelaki kami Fitri (menghias hidangan) & saya sendiri utk buat cream soup. Hubby buat main dish.. 'Grilled Rack of Lamb'.

Ni resepinya..

Cream of Crab Meat & Mushroom Soup


Bahan:
2-3 ekor ketam saiz sederhana - dibersihkan
3 ketul cendawan butang  - saya pakai yg dlm tin tu jer
1 cawan Double Cream
1 camb mentega
2 camb tepung gandum
1 cawan air - utk merebus ketam
1/2 cawan air - utk masak cream soup
garam secukup rasa
secubit serbuk lada sulah / lada hitam - jika suka

Cara:
1. Masukkan ketam yg telah dibersihkan & air ke dalam periuk, dan rebus hingga ketam masak.
2. Kopek kulit ketam, dan keluarkan isinya.
3. Ambil isi ketam tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar (gunakan air dari rebusan tadi) hingga hancur. Masukkan cendawan butang (dipotong 4) dan kisar lagi hingga tinggal ricihan kecil cendawan (jgn sampai cendawan hancur lebur)..  
4. Panaskan periuk, masukkan mentege bila mentega separa cair, masukkan tepung. Dengan menggunakan whisk, kacau tepung & mentega sampai sebati dan masak. Masukkan isi ketam yg dah sikisar tadi dan masak lagi.
5. Masukkan cream, air, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga soup sedikit pekat. Siap.
6. Hidangkan dalam pinggan / mangkuk dan dihias dgn daun pudina..


Hidangan Utama


Grilled Rack of Lamb

Bahan:
Rusuk kambing bebiri - dipotong kecil ikut alur tulang rusuk
Serbuk 'Steak Spice' keluaran McCormick


1 cawan Double Cream
1 cawan sos lada hitam - Life


Asparagus
Tomato
kobis ungu
1 camt garam
air - utk merebus


Cara:
1. Panaskan kuali leper, sapukan dgn sedikit minyak dipermukaan kuali.
2. Tabuskan 'Steak Spice' pada rusuk kambing, dan sapu rata. panggang atas kuali hingga sedikit masak.
3. Angkat dan sambung memasak dlm oven utk 10-15 minit atau sehingga masak.
4. Sementara tu, anda boleh siapkan sos perangnya.. Masukkan sos lada hitam dan double cream dalam periuk, dan masak sampai sedikit pekat.. siap..
5. Sediakan air dlm periuk, dan masukkan garam, bila dah mendidih, celur, asparagus/tomato/kobis.
Angkat dan ketepikan.. dan hiaskan hidangan anda..

Isnin, 9 Januari 2012

Indahnye Kebunku.. dari kebun ke meja

Betapa bahagianya melihat keindahan ciptaan Allah.. bunga tahi ayam.. name memang tak cantik langsung.. tapi, tengok aje ler indahnya bunga ni..




sebenarnya ni ler 1st time saya tengok bunga tahi ayam ade 2 tona warna.. selalu yang warna oren tu jer..

jadi.. saya petik.. dan kini menjadi hiasan di meja makan, dan bilik anak-anak.. cantik bukan?
tak perlu beli di kedai.. cukup sekadar disunting dari laman..

Satu lagi penjimatan yang berjaya saya lakukan..
Sebenarnya, tujuan tanam bunga ni bukanlah untuk hiasan semata, tapi, sebagai pairing plant untuk tanaman sayuran ku..
Selain bunga tahi ayam (marigold), saya juga tanam zinnia dan dahlia.. juga untuk tujuan yang sama..

Bunga Dahlia tak keluar bunga lagi.. yang dah nampak hasil bunganya.. zinnia & marigold jer..
Kurang la kucing nak mengoreng lubang nak cari tempat bagus untuk dilabuhkan punggungnya..
Apa nak buat.. tu ler namanya haiwan, ada otak, akal tiada..

Ahad, 8 Januari 2012

Bersantai sambil makan BBQ STIMBOT

Makan secara santai di Bandar Springhill... BBQ STIMBOT

wey.. saya tak bukak kodai stimbot yer.. saja nak share aktiviti keluarga memasak dgn anak-anak secara santai.. apalagi.. BBQ STIMBOT depan umah.. to be exact, kat parkir kereta di rumah..hehehe
sambil masak, kite makan, boleh pause sambil berbasikal keliling tempat makan.. hihihi

Hhmm.. kenapa kami buat stimbot awat tak gi kodai jer? sebab susah jugak nak cari kedai stimbot kat PD ni.. dulu ada ler kat batu 7 tu, tapi, bebaru ni pegi, dah takde coz tukar tokeh baru, stimbot dah takdo..

Saya mencari cara camne paling ideal buat stimbot, tanpa perlu kite kuar beli utensil baru.. yer la dengan periuknya, dengan tempat memanggang nye.. Minta idea dari kengkawan berbangsa Cina kat ofis, yang memang rajin makan.. hah.. ni ler hasilnya..

Utensil yang perlu:
Dapur 1 tungku - pakai dapur portable jer
Periuk nasi   - rasanye sume org ade bende ni
Kuali leper  - utk memanggang (kami guna IKEA grill pan), atau kuali masak besi burger tu
Penyepit  - utk sepit daging mase nak BBQ nanti
Senduk kecil - sesuai utk menggodak dlm periuk nasi..
Kipas elektrik kecil
Wayar penyambung - jika perlu

Bahan lain:
Sup Tomyam - saya buat tom yam merah. tapi, kalau kengkawan malas, lebur ker tomyam pes dlm air, perisakan dgn garam, air limau dan sedikit gula.. siap
Segala sayuran, bebola dan haiwan kesukaan anda.. dibersihkan dan dipotong
Semangkuk minyak masak - utk mencelup haiwan anda sbl diBBQ

utk Stimbot kami kali ni (Ahad 08/01/2012), kami menggunakan:
- isi ikan kod - dikiub 1 inci
- isi ikan salmon - dikiub 1 inci
- udang
- daging - dihiris nipis
- lala
- cendawan
- sayur kobis cina (kobis panjang)
- bebola
- jejari isi ketam
- bihun
- telur (jika suka) - dipecahkan dalam sup nanti

Cara:
1- Panaskan periuk, buat kuah tomyam anda. Lebih enak jika dimasak sup anda dengan tulang (mungkin tulang lembu ker, ayam ker, atau tak pun, kulit udang)
2- Bila dah masak, tuangkan sup yang panas tadi ke dalam periuk nasi elektrik (ditapis segala tulang/ kulit udang/ serai/ lengkuas dll).. perhatian, hanya kuah sahaja..
3- Bawa periuk nasi tadi ke meja makan anda, dan sambungkan ke bekalan elektrik terdekat dan biarkan sup tadi mendidih. Masukkan segala bebola, isi ketam, sayur, lala dll..
4- Juga jangan lupa, dapur 1 tungku anda. Letakkan kuali leper, dan panaskan.
5- Sekarang anda boleh la berkerumun kat meja tu tunggu kuali panas. Celupkan ikan/daging/udang dalam minyak dan letak atas kuali.. dan.. tengok asap dan bunyi yang menarik tu.. pastu, ambik senduk sendukkan sedikit sup dan tuang kat kuali leper anda.. ape lagi.. berkepul ler asap dan sungguh menarik..
kalau makan kat luar/depan rumah, memang menarik perhatian kucing-kucing dan jiran tetangga..





Yang kiub putih ujung tu, isi ikan kod, yang warna oren tu pulak, isi ikan salmon, pastu, hirisan daging, udang (saya buang kulit sebab nak jadikan stok utk tomyam tu) dan lala.





Kalau ikut kos yang kami belanjakan.. ada kot dlm RM80.
Sebab utk isi ikan kod & salmon pun dah RM50 dah. udang dgn daging tu, baki masak stimbot pertama hari Khamis ari tu, sempena anak ku yang kecil ke sekolah tadika.. nak bagi dia excited dan gembira, kami bagi peluang dia masak.. BBQ STIMBOT la.. Kalau diikutkan berbaloi lagi buat sendiri.. kot gi kodai sure kami dah belanja ratusan ringgit..
tengok aje kuantiti ikan kod, salmon, daging dan udang tu.. kalau kat kodai, mau cecah RM200 kot kena bayar..

Jadi, kengkawan jom ler kite rajin rajin kan diri tu. Masak ler utk keluarga anda.. Sambil memasak sambil berseronok.. Bukan selalu pun.. paling kurang cam saya ler, ujung minggu jer masak.. hihihi
hari lain, samada makan kat ofis, atau makan kat umah mak jer..