Cream of Crab Meat & Mushroom Soup - Makanan pembukaan untuk 'Makan Malam Rejimental' keluarga..
Tukang masak diketuai oleh my dear hubby & dibantu oleh anak lelaki kami Fitri (menghias hidangan) & saya sendiri utk buat cream soup. Hubby buat main dish.. 'Grilled Rack of Lamb'.
Ni resepinya..
Cream of Crab Meat & Mushroom Soup
Bahan:
2-3 ekor ketam saiz sederhana - dibersihkan
3 ketul cendawan butang - saya pakai yg dlm tin tu jer
1 cawan Double Cream
1 camb mentega
2 camb tepung gandum
1 cawan air - utk merebus ketam
1/2 cawan air - utk masak cream soup
garam secukup rasa
secubit serbuk lada sulah / lada hitam - jika suka
Cara:
1. Masukkan ketam yg telah dibersihkan & air ke dalam periuk, dan rebus hingga ketam masak.
2. Kopek kulit ketam, dan keluarkan isinya.
3. Ambil isi ketam tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar (gunakan air dari rebusan tadi) hingga hancur. Masukkan cendawan butang (dipotong 4) dan kisar lagi hingga tinggal ricihan kecil cendawan (jgn sampai cendawan hancur lebur)..
4. Panaskan periuk, masukkan mentege bila mentega separa cair, masukkan tepung. Dengan menggunakan whisk, kacau tepung & mentega sampai sebati dan masak. Masukkan isi ketam yg dah sikisar tadi dan masak lagi.
5. Masukkan cream, air, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga soup sedikit pekat. Siap.
6. Hidangkan dalam pinggan / mangkuk dan dihias dgn daun pudina..
Hidangan Utama
Grilled Rack of Lamb
Bahan:
Rusuk kambing bebiri - dipotong kecil ikut alur tulang rusuk
Serbuk 'Steak Spice' keluaran McCormick
1 cawan Double Cream
1 cawan sos lada hitam - Life
Asparagus
Tomato
kobis ungu
1 camt garam
air - utk merebus
Cara:
1. Panaskan kuali leper, sapukan dgn sedikit minyak dipermukaan kuali.
2. Tabuskan 'Steak Spice' pada rusuk kambing, dan sapu rata. panggang atas kuali hingga sedikit masak.
3. Angkat dan sambung memasak dlm oven utk 10-15 minit atau sehingga masak.
4. Sementara tu, anda boleh siapkan sos perangnya.. Masukkan sos lada hitam dan double cream dalam periuk, dan masak sampai sedikit pekat.. siap..
5. Sediakan air dlm periuk, dan masukkan garam, bila dah mendidih, celur, asparagus/tomato/kobis.
Angkat dan ketepikan.. dan hiaskan hidangan anda..
Ahad, 29 Januari 2012
Isnin, 9 Januari 2012
Indahnye Kebunku.. dari kebun ke meja
Betapa bahagianya melihat keindahan ciptaan Allah.. bunga tahi ayam.. name memang tak cantik langsung.. tapi, tengok aje ler indahnya bunga ni..
sebenarnya ni ler 1st time saya tengok bunga tahi ayam ade 2 tona warna.. selalu yang warna oren tu jer..
jadi.. saya petik.. dan kini menjadi hiasan di meja makan, dan bilik anak-anak.. cantik bukan?
tak perlu beli di kedai.. cukup sekadar disunting dari laman..
Satu lagi penjimatan yang berjaya saya lakukan..
Sebenarnya, tujuan tanam bunga ni bukanlah untuk hiasan semata, tapi, sebagai pairing plant untuk tanaman sayuran ku..
Selain bunga tahi ayam (marigold), saya juga tanam zinnia dan dahlia.. juga untuk tujuan yang sama..
Bunga Dahlia tak keluar bunga lagi.. yang dah nampak hasil bunganya.. zinnia & marigold jer..
Kurang la kucing nak mengoreng lubang nak cari tempat bagus untuk dilabuhkan punggungnya..
Apa nak buat.. tu ler namanya haiwan, ada otak, akal tiada..

Ahad, 8 Januari 2012
Bersantai sambil makan BBQ STIMBOT
Makan secara santai di Bandar Springhill... BBQ STIMBOT
wey.. saya tak bukak kodai stimbot yer.. saja nak share aktiviti keluarga memasak dgn anak-anak secara santai.. apalagi.. BBQ STIMBOT depan umah.. to be exact, kat parkir kereta di rumah..hehehe
sambil masak, kite makan, boleh pause sambil berbasikal keliling tempat makan.. hihihi
Hhmm.. kenapa kami buat stimbot awat tak gi kodai jer? sebab susah jugak nak cari kedai stimbot kat PD ni.. dulu ada ler kat batu 7 tu, tapi, bebaru ni pegi, dah takde coz tukar tokeh baru, stimbot dah takdo..
Saya mencari cara camne paling ideal buat stimbot, tanpa perlu kite kuar beli utensil baru.. yer la dengan periuknya, dengan tempat memanggang nye.. Minta idea dari kengkawan berbangsa Cina kat ofis, yang memang rajin makan.. hah.. ni ler hasilnya..
Utensil yang perlu:
Dapur 1 tungku - pakai dapur portable jer
Periuk nasi - rasanye sume org ade bende ni
Kuali leper - utk memanggang (kami guna IKEA grill pan), atau kuali masak besi burger tu
Penyepit - utk sepit daging mase nak BBQ nanti
Senduk kecil - sesuai utk menggodak dlm periuk nasi..
Kipas elektrik kecil
Wayar penyambung - jika perlu
Bahan lain:
Sup Tomyam - saya buat tom yam merah. tapi, kalau kengkawan malas, lebur ker tomyam pes dlm air, perisakan dgn garam, air limau dan sedikit gula.. siap
Segala sayuran, bebola dan haiwan kesukaan anda.. dibersihkan dan dipotong
Semangkuk minyak masak - utk mencelup haiwan anda sbl diBBQ
utk Stimbot kami kali ni (Ahad 08/01/2012), kami menggunakan:
- isi ikan kod - dikiub 1 inci
- isi ikan salmon - dikiub 1 inci
- udang
- daging - dihiris nipis
- lala
- cendawan
- sayur kobis cina (kobis panjang)
- bebola
- jejari isi ketam
- bihun
- telur (jika suka) - dipecahkan dalam sup nanti
Cara:
1- Panaskan periuk, buat kuah tomyam anda. Lebih enak jika dimasak sup anda dengan tulang (mungkin tulang lembu ker, ayam ker, atau tak pun, kulit udang)
2- Bila dah masak, tuangkan sup yang panas tadi ke dalam periuk nasi elektrik (ditapis segala tulang/ kulit udang/ serai/ lengkuas dll).. perhatian, hanya kuah sahaja..
3- Bawa periuk nasi tadi ke meja makan anda, dan sambungkan ke bekalan elektrik terdekat dan biarkan sup tadi mendidih. Masukkan segala bebola, isi ketam, sayur, lala dll..
4- Juga jangan lupa, dapur 1 tungku anda. Letakkan kuali leper, dan panaskan.
5- Sekarang anda boleh la berkerumun kat meja tu tunggu kuali panas. Celupkan ikan/daging/udang dalam minyak dan letak atas kuali.. dan.. tengok asap dan bunyi yang menarik tu.. pastu, ambik senduk sendukkan sedikit sup dan tuang kat kuali leper anda.. ape lagi.. berkepul ler asap dan sungguh menarik..
kalau makan kat luar/depan rumah, memang menarik perhatian kucing-kucing dan jiran tetangga..
Kalau ikut kos yang kami belanjakan.. ada kot dlm RM80.
Sebab utk isi ikan kod & salmon pun dah RM50 dah. udang dgn daging tu, baki masak stimbot pertama hari Khamis ari tu, sempena anak ku yang kecil ke sekolah tadika.. nak bagi dia excited dan gembira, kami bagi peluang dia masak.. BBQ STIMBOT la.. Kalau diikutkan berbaloi lagi buat sendiri.. kot gi kodai sure kami dah belanja ratusan ringgit..
tengok aje kuantiti ikan kod, salmon, daging dan udang tu.. kalau kat kodai, mau cecah RM200 kot kena bayar..
Jadi, kengkawan jom ler kite rajin rajin kan diri tu. Masak ler utk keluarga anda.. Sambil memasak sambil berseronok.. Bukan selalu pun.. paling kurang cam saya ler, ujung minggu jer masak.. hihihi
hari lain, samada makan kat ofis, atau makan kat umah mak jer..

Yang kiub putih ujung tu, isi ikan kod, yang warna oren tu pulak, isi ikan salmon, pastu, hirisan daging, udang (saya buang kulit sebab nak jadikan stok utk tomyam tu) dan lala.
Kalau ikut kos yang kami belanjakan.. ada kot dlm RM80.
Sebab utk isi ikan kod & salmon pun dah RM50 dah. udang dgn daging tu, baki masak stimbot pertama hari Khamis ari tu, sempena anak ku yang kecil ke sekolah tadika.. nak bagi dia excited dan gembira, kami bagi peluang dia masak.. BBQ STIMBOT la.. Kalau diikutkan berbaloi lagi buat sendiri.. kot gi kodai sure kami dah belanja ratusan ringgit..
tengok aje kuantiti ikan kod, salmon, daging dan udang tu.. kalau kat kodai, mau cecah RM200 kot kena bayar..
Jadi, kengkawan jom ler kite rajin rajin kan diri tu. Masak ler utk keluarga anda.. Sambil memasak sambil berseronok.. Bukan selalu pun.. paling kurang cam saya ler, ujung minggu jer masak.. hihihi
hari lain, samada makan kat ofis, atau makan kat umah mak jer..
Langgan:
Catatan (Atom)