Dinner Roll |
Bahan A:
500g tepung protein tinggi
100g gula halus
60g susu pekat manis
1biji telur + air sejuk (250ml)
15g yis segera
1/2camt garam
10g emulsifier
Bahan B:
60g shortening
Cara:
Masukkan semua bahan A dalam mangkuk adunan dan uli sehingga menjadi doh. Masukkan bahan B. Uli lagi adunan sehingga doh elastik. Kalau guna mixer dalam 45minit. Kalau dengan tangan dalam 90minit.
Bila doh dah elastik, bulatkan dan tutup mangkuk adunan dgn kain lembab. Adunan perlu direhatkan sehingga naik 2 kali ganda.
Bila dah naik, keluarkan dari mangkuk dan uli lagi (dgn tangan) selama 5 minit untuk buang angin dlm doh tu. Buat macam kita basuh kain tu..
Timbang doh 30g, dan bulatkan. Susun dlm dulang yang telah dilenaer dengan merjwrin atau shortening.
Rehatkan semula doh, hingga doh kembang sekali ganda. Bakar pada suhu 180C guna api atas dan bawah ye. Bakar sehingga masak (kekuningan cam gambar tu)
Sedap dimakan begitu sahaja, atau cicah dgn kuah kari, atau disapu mentega.
Selamat mencuba