Cream of Soup....
Adakalanya nak suruh anak makan sayur susah bukan.. jadi, apa kata anda mencuba satu lagi cara untuk memeriahkan masakan anda..
Tentu anda biasa makan Mushroom Soup kat Pizza Hut.. atau mungkin anda biasa beli yg Campbell soup tu. Jadi resepi kali ini.. Cream of Carrot Soup..
Pada dasarnya resepi asas sama sahaja.. keperluan utama seperti berikut:
Mentega
Tepung gandum
Double Cream
garam secukup rasa
Air secukupnya - untuk megisar lobak
Lobak Merah (atau sayuran lain spt asparagus/cendawan/lain-lain)
Cara:
1. Diawal penyediaan, dadukan lobak merah, dan kisar hancur (kalau nak rasa cam ada yg kasar kasar tu, boleh dicincang sedikit). kalau tak, kisar jer semua senanng nak makan..
2. Panaskan periuk, masukkan mentega. Bila sedikit mencair, masukkan tepung secukupnya (dlm 3 camb untuk 1 camb mentega).
3. Masak hingga tepung & mentega nampak sekata, masukkan lobak yang telah dikisar tadi.
4. Perasakan dgn garam. Masukkan krim (kalau tak ada krim, boleh juga digantikan dgn susu).
5. Masak hingga nampak sedikit pekat atau mengikut kecairan yang anda sukai..
5. Tutup api, dan hidangkan.. enak dimakan bersama roti.. juga enak dimakan begitu saja.
Perhatian: Warna sup anda juga bergantung kepada warna sayuran yang anda gunakan. Kalau lobak merah, jadi sup anda akan warna jingga/oren.. kalau guna asparagus, hijau lah.. cantik jugak..